Tuesday 3 July 2012

APA ITU FIBROID?



Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim. Ketumbuhan ini mengandungi tisu - tisu otot bercampur dengan tisu serat dan tisu penyambung. 

25%  daripada wanita sebelum meninggal dunia akan menghadapi penyakit Fobroid pada rahimnya. Dan tidak mengetahui kehadiran penyakit itu. Selalunya Fibroid tidak akan menimbulkan masalah kesihatan, sebab tue lar ramai wanita tidak menyedari kehadirannya. 

Jangan ingat Fibroid tidak akan menyerang wanita muda dan belum berkahwin.. Adakalanya kehadiran Fibroid akan menyebabkan kemandulan  atau ketidaksuburan. 

Sering berlaku, wanita yang menjangkau  umur 30 - 40, telah melahirkan anak, dan mendapati sukar untuk beranak kembali, dan berdepan dengan ganguan haid tidak sekata. dan berkemungkinan menghadapi fibroid

Punca Fibroid
Disebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen dan progesteron. (estrogen - hormon yang keluar sejurus selepas haid) (progesteron- hormon yang meningkat selepas telurdikeluarkan). Ketidakseimbangan ini disebabkan hormon estrogen lebih dari progesteron. Punca sebenar ketidakseimbangan ini tidak diketahui, kerana kilang penghasilan hormon dikenali sebagai Kilang Pituitari yang berada di otak. Fungsi Kilang Putuitari dipengaruhi oleh keadaan mental, emosi, dan kerohanian seseorang. 


Gejala Fibroid
Gangguan haid
 Pendarahan yang banyak hingga menyebabkan anemia.
Pendarahan banyak dan berketul - ketul.
Sakit ketika haid (sengugut).
Haid tidak teratur atau hanya menitis sahaja.

Ketidaksuburan@ mandul dan ketika kelahiran
Tidak semestinya tidak boleh mengandung, ada juga yang masih boleh mengandung.
Jika ketumbuhan itu besar, boleh mengebabkan keguguran @ kelahiran tidak cukup bulan

Kedudukan bayi songsang.
Menyekat kelahiran normal bayi, kerana ketumbuhan itu besar
Sakit beranak yang amat sangat, kerana ketumbuhan ini menjadi tegang.

Menekan pundi air kencing
Kedudukan pundi air kencing adalah bersebelahan dengan rahim. Oleh itu, jika berkalu seseatu ketumbuhan, pundi air kencing akan tertekan lalu menyebabkan, kerap kali hendak kencing, dan tidak dapat menahan kencing.
Kekenduran Rahim
perut akan menjadi besar seperti orang mengandung

1 comment:

  1. Salam ...untuk pnyakit fibroids jamu y mane dicadangkn ye...sy belom berkahwin dan ade masalah pundi kencing.

    Lg satu kakak sy dah berkahwin die pnah di operate disebbkn ketulan di dinding rahim..boleh cdgkn produk y sesuai x..

    Sy juga nk tau dekat mne nk wat order...tq

    ReplyDelete